follow atau ikut? haha FOLLOW | DASHBOARD.
Nerdy Coolio


entries | profile | tagboard

Tuesday, May 10, 2011
selamat hari ibu.

haha, i know i know. mother's day dah lepaihh. ahh, sukatiku la. haha, everyday hari mak apaaaa.. kankankan?

~~~
apa IBU negara Malaysiaaa?
auchhh! saket la IBU jari aku beb! grrrr
woopppp, MAK kauu! (melatah)
pom! MAK dia meletop masuk batu dua. (melatah)

...
haaa, menda aku dok merapu tu? haha, yap. everyday! every minute every watever laaa.. perkataan mak akan muncoi dalam percakapan kita seharian. even nak maki kaaa nak melatah kaa apa kaaa. semua ada perkataan MAK IBU MAMA n so so on laaa.
fuh, see! how pentingnya mak dalam everyday life kita. haaaaa, aku terkejut p0n aku sbut makk. hhaha. omakk!! cenggitu laa.
~~
neway, tadi kat sekolah semua orang kena buat karangan pasai hari ibu. luahan hati, harapan dan janji kita untuk mak kita. aku ngan Nad punya la takdak idea. merapu berjela-jela. satu pa tak buat lagi. yang lain semua dah start. ada yang nak habeh 3 perenggan. ada baru buat 1 perenggan. tapi, nahhh. okey la tuuu! aku ngan Nad baru tuleh arahan. bincang nak taruk lagu tu la lagu ni laaa, nak start cenggitu la. still tak masuk idea. dok hingaq kat Wyddad kat Assikin kat cikgu, haahhaa, pastu cikgu kluaq pi tandas kott. kami melilau pi tempat orang laen pi tengok2. then, still idea tak berapa masuk. haha, haish. masalah toi. dok pikiaq itu ini gitu gitu. tak boleh boleh jadi lagi. last kali, aku ajak Nad dok bawah troih. bersila. hahaha, sapa tengok kami usha pelik jaaa. cikgu pun gelak.. naseb tak marah. heee! love u cikguuuuu~
- todiahh! sampai dok bawah,
- eh, Nad mana?
- hahahahaaa,
n maybe ada macammacam lagi respon. aku tak dengaq. lepaih dok bawah. haaaa, idea masuk troihhh. tapi sampai perenggan 3 ja laaa. time nak perabeh perenggan ke-4 masa cikgu abeh dah. pastu aku perabeh perenggan ke-4 lepaih dok balik atas kerusi. tulisan memang harammmm! uduh amatttt. HAHAHA, sucks! aku tengok pon macam nak cincang kertas. herhhh. trok toi. ish3.

then, masa math. abeh belajaq. sambung perenggan ke-5. hantaq buku. cikgu suruh buat 6 perenggan. aku balun ja aaaa, idea lesap troih. ngeee :P

pastu selesai. aku takleh laa nak feeling2 time buat karangan tuu. time siang aku tak reti nak feeling. tu pasai idea tarak mau masuk. keh3. punya lama tunggu. tinggai 20 minit masa nak abeh baru start buat padahai bm 2 masa. 80 minit!! hahahahaa, rekod betoi.

then, pi kelas seni. belajaq ortografik. pastu balik!! semayang. hantaq wyddad.. kesian jalan sorang2. aku stayback. lepas hantaq dia. aku patah balik masuk sekolah. pi kantin. folo Syera nan Aida pi dewan. naek bilik band. abeh band. balikkk~~
makannn! yeay, waktu aku nantikan. lapaq wohhh.

then, sini la aku sekarang. ngeh3.
~~

nah, sapa yang bergelar ibu and akan bergelar ibu atau tak sabaq2 nak jadi ibu walopon usia muda. amek ni. hahaaaa

Ami adiahkan sajak ni yehhh *dan2 sopan. puihhh.. feel2 sikit eh. betapa serot merotnya saraf otak time buat ni. *hiperbolaaaaaaaa trok2!

heee, terimalahhhhhhh..

mak,
when Im with you,
i feel so comfortable,
i feel the darkness al0ng my way..
disappear in just one blink.

mak,
terima kasih kerana telah melahirkanku ke dunia ini,
untuk melihat keindahan dunia,
buatku kenal siapa pencipta alam,
buatku kenal erti kehidupan sebenar.

mak,
terima kasih kerana berpenat lelah menjagaku,
terima kasih kerana memberikan kasih sayangmu,
terima kasih kerana memberi sokongan menghadapi ujian serta cabaran dunia,
terima kasih kerana mendidik kami semua.

mak,
maafkanlah anakmu ini setiap masa,
yang seringkali alpa dengan urusan dunia,
yang seringkali juga membuatmu kecewa,
yang seringkali mengguris hati juga perasaanmu.

mak,
halalkanlah makan minumku,
restuilah kehidupan anakmu ini,
doakanlah kejayaan serta kebahagiaanku dunia akhirat,
titipkanlah kepadaku keredaanmu.

mak,
may Allah bless u in your life,
moga Allah membalaskan syurga yang indah buatmu,
moga Allah tempatkanmu dalam kalangan orang yang beriman,
moga mak berbahagia selalu.

~~
sekian, wassalam. dan samat sejahtera! evening all..


0 Juri Sambilan
OLD | NEW