Sunday, September 26, 2010
haaa..!!
lupa lupa..! hahahah..
ada 1 note..
AM bru bwat..
harap jadi iktibar.
AM hanya insan lemah..
sebarang khilaf harap dimaafkan. heEe.
bila kau rasa sedih,
bila kau rasa susah,
bila kau rasa tiada harapan,
bila kau rasa putus asa,
bila kau rasa kehilangan,
bila kau rasa bersendirian,
bila kau rasa hilang,
bila kau rasa hanya kegelapan menemanimu,
bila kau rasa bagai hidup sudah tiada makna,
jangan kau mengeluh,
jangan kau putus harapan,
kepada Allah harus kau mengadu,
kerana Dia sudah berjanji,
Dia sentiasa disisimu,
insya Allah kau lihat jalannya.
bila terasa diri berjauhan,
jangan kau risau,
Allah sentiasa dekat denganmu,
bawa kita ke jalan benar,
benarkan kita hidup di alam ciptaan-Nya,
lindungi kita tak kira masa,
bagi segalanya dengan percuma,
tiada balasan diminta-Nya,
Alhamdullilah ya Allah,
terima kasih atas segalanya.
matahari yang siangnya muncul,
bulan dan bintang munculnya tika malam hitam pekat,
air sungai serta laut yang mengalir,
langit yang segar kebiruan,
awan yang berarak putih megah,
sudah termaktub segala petunjuk,
bukalah mata kita,
semuanya Allah yang ciptakan,
Dia Maha Esa, Dia Maha Bijaksana,
Dia Maha Berkuasa, Dialah segalanya,
Allah Tuhanku yang satu.
jauh di sudut minda,
kadang-kala aku lupa akan penciptaku,
lupa segalanya tentang Dia,
betapa aku berbangga dengan nikmat dunia,
betapa puasnya aku didunia ini,
puas dengan segala harta benda,
yang tidak bisa ku bawanya ke akhirat sana,
bagai menipu diriku sendiri,
betapa jahilnya aku ini,
betapa lemahnya aku ini,
betapa jauhnya aku dari-Mu ya Allah..
Astaghfirullahalazim..
0 Juri Sambilan